*MAKLUMAN PEMBAHARUAN KEAHLIAN TAHUNAN INSTITUT BAGI PEMEGANG PERMIT (CNU) 2026-2027*
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa proses Pembaharuan Keahlian Tahunan Institut bagi pemegang Permit (CNU) untuk tahun 2026 kini telah dibuka.
Selaras dengan pekeliling dan struktur fi baharu yang ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak Institut telah menyemak semula kadar yuran tahunan bagi memastikan pengurusan keahlian dan pembaharuan Permit (CNU) dapat dilaksanakan dengan lancar.
Kadar Pembaharuan Keahlian Tahunan
Yuran Keahlian Tahunan Institut (termasuk pembaharuan CNU) : RM645.00
SST (8%) : RM51.60
*Jumlah Bayaran : RM696.60*
____
**Nota : Kadar yuran keahlian tahunan sebelum ini ialah RM450.00. Semakan kadar ini dibuat susulan perubahan struktur fi yang ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk kenaikan fi berkaitan Permit (CNU).
____
Siapa yang perlu membuat bayaran?
✔ Ahli yang memperoleh kelulusan Permit (CNU) sebelum Jun 2025.
Ini merupakan kumpulan yang perlu membuat pembaharuan keahlian tahunan kali kedua.
Siapa yang tidak perlu membuat bayaran?
✔ Ahli yang memperoleh kelulusan Permit (CNU) selepas Jun 2025 dan telah membayar yuran pendaftaran RM1,700.
Yuran tersebut telah merangkumi keahlian Institut bagi tempoh yang ditetapkan, maka tiada bayaran pembaharuan dikenakan pada tahun ini.
Walau bagaimanapun, semua pemegang CNU tetap *WAJIB memperbaharui Permit (CNU)* pada setiap tahun mengikut ketetapan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bagi kategori ini, Institut akan menguruskan proses pembaharuan tanpa caj tambahan dalam tempoh yang dilindungi oleh yuran pendaftaran RM1,700.
Maklumat Penting ‼️
Permit (CNU) perlu diperbaharui pada setiap Jun/Julai setiap tahun bagi memastikan status permit kekal aktif dan sah digunakan.
Sekiranya anda tidak pasti sama ada anda termasuk dalam kategori yang perlu membuat bayaran, sila hubungi pihak Institut untuk semakan.
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan berterusan daripada semua ahli
Institut Latihan Menembak Jugra Perkasa
''Beyond the Trigger''